Berita UtamaPendapat

Duta UAE akan jadi ‘puppet’ Yahudi

Ada pemimpin Melayu harap sokongan pendatang kekal kuasa politik

BEGINILAH bila tidak ada maruah dan harga diri. Belum lagi dilihat dari segi izzah dengan agama dan bangsa. Kasihan dari satu bangsa yang kuat iaitu bangsa Arab, negara yang agak kaya rupanya sanggup menjadi ‘puppet’ kepada Yahudi.

Apa pendidikan yang dilalui kepimpinan negara ini. Kalau begitu duta samalah juga semua kepimpinan negara tersebut. Bahkan sebahagian besar rakyatnya. Kalau kita lihat beberapa buah negara Arab lain, pemimpinnya agak jauh dengan Islam tetapi tidaklah seteruk kepimpinan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dutanya ke Israel terlalu kebudak-budakan. Bahkan boleh dikatakan terlalu amat mentah. Layak jadi penyambut tetamu hotel.

Senario yang berlaku adalah hasil normalisasi melampau dengan Yahudi. Mereka boleh menjual harga diri dan maruah bangsa. Rasa bangga boleh menonton bola bersama Presiden Israel dan mengharapkan Israel akan jadi kuasa terbesar di Asia Barat. Peperangan Saif Al Quds menyerlahkan keburukan kepimpinan beberapa buah negara Arab hasil proses normalisasi dengan negara Yahudi.

Kalaulah Yahudi jadi kuasa terbesar di Asia Barat , negara UAE dulu yang akan lenyap dari peta dunia. UAE akan jadi wilayah ke dua negara Yahudi.

Rupanya Pak Kaduk ada dalam semua bangsa. Pak Kaduk Arab boleh menjual negara. Pak Kaduk Melayu setakat jual kampung je.

Bangsa Melayu pun boleh terjadi sedemikian. Mungkin tidak dengan bangsa Yahudi untuk ketika ini tetapi dengan bangsa pendatang yang menyamai sifat bangsa Yahudi. Sukatan pelajaran negara China mendakwa Malaysia adalah wilayah China.

Riak-riak telah menampakkan secara jelas, sudah ada pemimpin bangsa Melayu yang mengharapkan sokongan bangsa pendatang untuk mengekalkan kuasa politik mereka, walhal penghujungnya mereka juga akan dilenyapkan oleh bangsa pendatang.

Lihat sejarah yang telah dilalui oleh bangsa Melayu di nusantara amnya dan Malaysia khasnya.

Jangan biarkan sejarah kekal dalam lipatan tanpa dikaji dan dipelajari. Pengajaran dari sejarah harus dihayati.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button