Berita UtamaDunia

Terus mengganas! 36 rakyat Palestin cedera diserang Zionis

Warga Palestin bantah pembangunan penempatan haram

BAITULMAQDIS, 24 Syawal 1442H, Sabtu – Rejim pengganas Israel bertindak menyerang rakyat Palestin yang melakukan bantahan di Gunung Sobeih, di bandar Beita dekat Tebing Barat yang diduduki.

Bantahan yang disertai oleh kira-kira 113 penduduk Palestin itu berpunca daripada pembangunan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki, serta beberapa keluarga Palestin bakal diusir dari kediaman mereka di Baitulmaqdis al-Quds.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, seramai 16 orang cedera akibat ditembak dengan peluru hidup, manakala 20 lagi cedera ketika rejim pengganas Israel melepaskan peluru getah ke arah mereka.

Sementara itu, empat daripada rakyat Palestin yang menyertai bantahan itu cedera akibat dipukul rejim pengganas Israel.

Selain itu, 73 yang lain yang turut cedera telah sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Sumber tempatan berkata, rejim pengganas Israel menggunakan dron bagi melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin.

Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram yang dibina di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki sejak 1967, di mana kesemua penempatan itu melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button