Berita UtamaDunia

11 orang awam maut letupan bom tepi jalan di utara Afghanistan

Berlaku beberapa jam pemimpin Taliban, PBB berjumpa bincang pelan damai

KABUL, 25 Syawal 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh di utara Afghanistan ketika kenderaan dinaiki mereka bertolak ke sebuah lombong, semalam.

Dalam insiden berkenaan, pegawai kerajaan tempatan pada hari Ahad mendakwa Taliban menanam bom di tepi jalan.

Gabenor wilayah utara Badgis, Husamudim Shams berkata, mangsa letupan pada Sabtu itu termasuk tiga kanak-kanak.

Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum pemimpin kanan Taliban dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemu di Qatar untuk berbincang mengenai proses perdamaian Afghanistan, keselamatan bagi diplomat dan mereka yang bekerja untuk agensi kemanusiaan di Afghanistan.

Jurucakap Taliban dalam satu kenyataan di Twitter berkata, Sher Mohammad Abbas Stanekzai, wakil ketua pejabat politik Taliban mengulangi komitmen terhadap proses perdamaian Afghanistan dalam pertemuan itu dengan para pegawai PBB.

Sementara delegasi Taliban memberi jaminan keselamatan kepada semua kakitangan agensi PBB yang relevan dan diplomat lain yang berpusat di negara bergolak itu, para pegawai Afghanistan mendakwa Taliban terus melakukan keganasan terhadap tentera kerajaan dan orang awam dalam usaha merebut kawalan wilayah sepenuhnya di beberapa wilayah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button