Pendapat

China nafi ceroboh rumah kita, apa kata anda?

Tahniah atas kecekapan TUDM berjaya kesan 16 pesawat PLAAF

1. APA tindakan anda jika ada orang yang memanjat atap rumah anda tanpa kebenaran dan meninjau-ninjau anak dan isteri anda dari atas? Bukan seorang, tapi 16 orang!

2. Demikianlah analogi yang sesuai bagi menggambarkan tindakan biadap Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang mencerobohi ruang udara Malaysia menggunakan 16 pesawat tempur, kononnya untuk melakukan latihan ketenteraan tanpa melanggar undang-undang antarabangsa.

3. Tahniah diucapkan kepada kecekapan TUDM yang berjaya mengesan dan tindakan pantas Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berjanji untuk mengeluarkan nota diplomatik dan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberikan penerangan terperinci tentang insiden ini.

4. Ini bukanlah kali pertama. Jika anda masih ingat China telah beberapa kali menceroboh perairan negara termasuk yang terkini kapal Coast Guide China yang memasuki perairan Malaysia di Beting Patinggi Ali.

5. Sebelum ini juga, kecoh akan berita pesawat Israel yang berlegar-legar di ruang udara Malaysia tanpa kebenaran dan kemudian mendarat di Singapura. Sehingga hari ini tiada penjelasan yang tuntas diberikan.

6. Rakyat rata-rata merasa amat risau akan rentetan peristiwa yang berlaku ini dan mengharapkan tindakan tegas dari pihak berwajib bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button