Dunia

Gelombang kedua belum reda, India rancang longgar sekatan

Perniagaan dibenarkan operasi secara berperingkat

NEW DELHI, 25 Syawal 1442H, Ahad – Walaupun gelombang kedua COVID-19 di India masih belum reda, beberapa bandar di negara itu kini dalam fasa melonggarkan sekatan pergerakan dan membenarkan perniagaan beroperasi mulai Isnin. 

Negeri terkaya di India, Maharashtra – yang paling banyak merekodkan jumlah jangkitan – merancang untuk memberi kelonggaran secara berperingkat selepas sekatan ketat sejak April lalu. 

Sebanyak 114,460 kes jangkitan baharu direkodkan pada Ahad – jumlah paling rendah dalam tempoh dua bulan – sementara jumlah kematian meningkat sebanyak 2,677 kes. 

India mempunyai jumlah jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah keseluruhan kes mencecah 28.8 juta dan 346,759 kematian, menurut data kementerian kesihatan. 

Para saintis memberi amaran mengenai gelombang ketiga wabak yang diramal melanda India pada akhir tahun ini, dan berkemungkinan berisiko kepada kumpulan kanak-kanak. 

Walaupun negara itu telah meningkatkan usaha vaksinasi dalam tempoh beberapa minggu ini, dilaporkan majoriti 1.3 juta penduduknya masih belum menerima suntikan ketika keadaan menghampiri gelombang ketiga.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button