Berita Utama

Hadi Awang dimasukkan ke IJN

Presiden PAS stabil, masih perlu rawatan susulan, pemantauan doktor

KUALA TERENGGANU, 25 Syawal 1442H, Ahad – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa hari lepas selepas mengadu kurang sihat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi berkata, pemimpin tersebut berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya berdoa dan solat hajat khusus supaya Abdul Hadi cepat sembuh. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button