Berita Utama

Mesej ‘Sila Laporkan Penghasut Antivaksin’ palsu

Portal e-Reporting dinyatakan perkhidmatan projek rintis PDRM

BANGI, 25 Syawal 1442H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebaran mesej ‘Sila Laporkan Penghasut Antivaksin’ di media sosial yang didakwa daripada ‘Dato Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara Malaysia’, yang meminta masyarakat melaporkan penghasut antivaksin melalui satu portal.

Portal berkenaan menggunakan pautan https:/ereporting.rmp.gogv.my/register.aspx

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintedan Skandaguru Anandan berkata, PDRM mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu.

“Portal e-Reporting yang dinyatakan dalam mesej berkenaan, adalah perkhidmatan projek rintis oleh PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian hanya bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

“Masyarakat diminta untuk tidak menyebarkan mesej palsu berkenaan dan dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika timbul sebarang keraguan, pertanyaan boleh disalurkan kepada PDRM melalui Facebook (FB) rasmi PDRM di pautan https://wwwfacebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi PDRM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button