Dunia

Sejuta rakyat Palestin ditangkap pengganas Israel sejak 1967

50,000 daripadanya adalah kanak-kanak, 54,000 tahanan pentadbiran

RAMALLAH, 25 Syawal 1442H, Ahad – Kira-kira sejuta penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera pengganas Israel sejak perang Timur Tengah 1967, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada Sabtu. 

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, lebih daripada 54,000 perintah penahanan pentadbiran direkodkan sejak 1967. 

Dasar penahanan pentadbiran membolehkan pihak berkuasa negara haram Israel melanjutkan tempoh penangkapan seseorang tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan. 

“Sebanyak 226 tahanan telah mati di dalam penjara Israel sejak 1967.

“Kira-kira 17,000 wanita dan kanak-kanak perempuan dan 50,000 kanak-kanak adalah antara yang turut ditahan,” kata NGO itu. 

Katanya, semua tahanan mengalami beberapa bentuk penderaan fizikal atau psikologi, penyalahgunaan moral dan diseksa kejam. 

Dianggarkan 4,500 orang Palestin dipercayai ditahan di penjara Israel, termasuk 41 wanita, 140 di bawah umur dan 440 tahanan pentadbiran, menurut data organisasi mengenai hak tahanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button