Berita UtamaDunia

1,200 peluru berpandu negara haram tak meletup dimusnahkan

Rejim pengganas sekat kemasukan alat perlindungan, jadikan kerja pelupusan lebih sukar

GAZA, 26 Syawal 1442H, Isnin – Sebanyak 1,200 peluru berpandu yang tidak meletup, serta peluru tangki dan artileri yang ditembakkan oleh tentera Israel semasa serangannya baru-baru ini di Semenanjung Gaza yang dikepung, dimusnahkan pada hari Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu.

Pasukan kejuruteraan bahan letupan membuang sisa daripada pengeboman rejim Zionis selama 11 hari di wilayah yang berlainan, kata jurutera bahan letupan di bawah Kementerian Dalam Negeri Gaza, Muhammad Miqdad kepada Anadolu Agency.

Miqdad mengatakan bahawa jika bom yang dijatuhkan oleh Israel meletup ketika itu, ia akan menyebabkan pembunuhan beramai-ramai di kawasan berdekatan.

Justeru, beliau meminta badan-badan antarabangsa seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk memantau pekerjaan di lapangan dan menyediakan peralatan yang diperlukan.

Miqdad mengatakan bahawa rejim Israel menyekat kemasukan peralatan pelindungan yang digunakan oleh pasukan pelupusan bom di Semenanjung Gaza dan menambah bahawa ini menjadikan kerja mereka lebih sukar.

Gencatan senjata yang berlaku pada awal pagi 21 Mei mengakhiri pengeboman Israel selama 11 hari di Semenanjung Gaza.

Serangan di Gaza dan Tebing Barat mengorbankan sekurang-kurangnya 289 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain meninggalkan jejak kehancuran.  

Pusat kesihatan dan pejabat media serta sekolah adalah antara struktur yang disasarkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button