Kadar kebolehjangkitan COVID-19 turun bawah 1.0
Kali terakhir kadar kebolehjangkitan turun di bawah 1.0 adalah pada 7 April

KUALA LUMPUR, 26 Syawal 1442H, Isnin – Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia turun di bawah paras 1.0 buat kali pertama sejak April, dengan catatan 0.99 pada 6 Jun.
Di laman sosial Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi data yang menunjukkan bahawa jumlah kes telah meningkat sejak April.
Jumlah kes kemudian mulai mereda pada 27 Mei dan menurun pada bulan Jun, ketika perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa.
Kali terakhir kadar kebolehjangkitan turun di bawah 1.0 adalah pada 7 April.
R0 mencapai kadar tertinggi 1.21 pada 23 Mei, tetapi secara amnya menunjukkan arah aliran menurun sejak itu.
Kadar kebolehjangkitan di atas 1.0 bermaksud lebih ramai orang akan dijangkiti dan nilai di bawah 1.0 bermaksud jumlah kes akan menurun.