Berita Utama

MCA patut duduk diam, tak ganggu tugas polis larang penjualan arak

Samakan arak dengan minuman bergas adalah dangkal, menghina umat Islam

BANGI, 26 Syawal 1442H, Isnin – Kenyataan pemimpin MCA menyamakan arak dengan minuman bergas untuk dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bukan hanya dangkal, bahkan satu penghinaan kepada umat Islam serta Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Chong Sin Woon dilaporkan mengkritik tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan perniagaan minuman keras di bawah bukan ‘essential services’ dan tidak membenarkan kedai menjual arak beroperasi.

Memetik laman web MCALantian.org, Sin Woon mendakwa, arahan penutupan ruang jualan arak di premis perniagaan sebagai tindakan penguatkuasaan yang melampau.

Membidas kenyataan pemimpin parti berasaskan kaum itu, Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hazwan Mohamad berkata, arak telah memberikan banyak mudarat kepada sistem kehidupan manusia.

“Beribu mangsa telah menjadi korban sekali pun bukan peminum tegar arak. Jelas membuktikan bahawa arak bukan sahaja patut dihadkan pada waktu PKP sahaja, tetapi sepanjang masa.

“Bahkan, negara Barat lain pun sudah lama mengetatkan penjualan arak dan minuman alkohol ini kepada umum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malangnya, Hazwan berkata, Malaysia sahaja masih membenarkan penjualan arak bahkan di kedai-kedai serbaneka 24 jam.

“Justeru, saya ingin mengingatkan kepada pimpinan MCA, jangan pertikai keputusan kerajaan untuk menghentikan operasi kilang arak dan penjualannya. Anda tidak mati jika tidak minum arak!

“Saya ingin beritahu dan ingatkan Setiausaha Agung MCA itu supaya duduk diam dan tidak mengganggu urusan pihak polis dalam menjalankan tugas, terutamanya menghalang perniagaan arak beroperasi sepanjang PKP ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button