Berita UtamaDunia

Tebing Barat bakal ‘meletup’ jika tiada penyelesaian segera

Beri peluang terakhir sebelum bertindak tanpa formula politik

TEBING BARAT, 25 Jamadilawal 1443H, KhamisKawasan Tebing Barat bakal ‘meletup’ sekiranya tiada penyelesaian segera konflik politik antara Palestin-Israel, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Amaran tegas itu dikeluarkan kepada Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz ketika mengadakan pertemuan yang jarang berlaku, semalam.

Mahmoud mengetuai delegasi buat pertama kali ke negara haram itu sejak 2010, ketika mengadakan pertemuan dengan Benny di kediamannya, Rosh HaAyin.

Negara haram Israel kemudian memperkenalkan pakej yang disifatkan sebagai langkah penyelesaian kedua-dua negara.

Pakej berkenaan termasuklah bayaran sebanyak AS$32 juta sebagai pendahuluan daripada cukai yang dikutip oleh Israel dan 600 permit tambahan kemasukan rakyat Palestin ke negara itu bagi tujuan perniagaan dalam sektor pertanian.

Bagaimanapun perbincangan mereka lebih memberi tumpuan kepada isu politik, kata Menteri Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein Al-Sheikh kepada Arab News.

“Presiden Mahmoud menjelaskan pihaknya kini memberi peluang terakhir sebelum bertindak tanpa formula politik,” katanya.

“Apa yang kami katakan juga adalah apa yang pernah Amerika Syarikat (AS) memberitahu Israel.

“Tanpa proses politik yang sempurna, meletakkan semua usaha berdepan kegagalan termasuk dalam rancangan ekonomi dan keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Birzeir, Ali Jarbawi berkata, negara haram itu tidak bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku kepada rakyat Palestin berikutan perpaduan dalam pentadbirannya sendiri goyah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button