Berita UtamaPendapat

Kuatkan hubungan nusantara demi kesejahteraan serantau

Tiba masa Malaysia-Indonesia bina kekuatan bersama

KITA satu rumpun, satu bahasa dan satu bangsa. Yang lebih utama adalah kita satu agama. Mungkin wujud banyak dialek dan loghat, tetapi kita lebih dikenali dengan Melayu nusantara.

Kita juga disebut sebagai negara Islam. Kekuatan agama dan bangsa perlu diperkukuhkan lagi supaya ikatan persaudaraan kita semakin erat dan kukuh.

Memang dulu sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, hubungan kita memang kuat dan kukuh. Walaupun dipisahkan dengan Selat Melaka, tetapi ianya tidak menghalang ikatan persaudaraan. Penjajah iri hati melihat kekuatan kita kerana boleh menyekat kemaraan mereka menjajah dan menguasai tanah watan kita. Maka kita dipisahkan dengan perjanjian tersebut.

Episod buruk itu telah berlalu. Kita perlu bertaut semula demi keamanan dan kesejahteraan. Pemimpin dan rakyat kedua-dua negara perlu berusaha untuk mengembalikan kegemilangan kita bersama di masa lampau. Sejarah kegemilangan kita perlu dikembalikan sebelum dirobek semula oleh kuasa-kuasa besar yang sudah mula bertarung di tanah air kita. Dulu pun mereka sekarang pun mereka juga yang digelar sebagai penjajah. Dulu perebutan antara Inggeris dan Belanda. Sekarang Amerika Syarikat (AS) dan China. Mereka semua sama saja.

Sudah tiba masanya negara bersaudara Malaysia dan Indonesia membina kekuatan bersama meliputi semua bidang kepentingan bersama. Perlu bina kekuatan bersama dalam ketenteraan dan keamanan serantau, bahkan boleh mencapai kekuatan negara-negara Islam.

Lihat bidang pertanian khususnya kelapa sawit telah nampak kejayaannya. Ini bermakna banyak lagi bidang-bidang lain yang boleh diteroka dari sekarang. Hasil kerja sama lima tahun lepas dapat dilihat hasilnya sekarang di kedua-dua negara. Mudah-mudahan bidang ini sebagai penanda aras untuk kita mulakan lebih giat dalam bidang ketenteraan, ekonomi, teknologi, sosial, maritim dan lain lain yang menjadi kepentingan bersama.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button