Berita Utama

PN bakal tawar manifesto realistik untuk PRN Johor

‘Jika kita berjaya bentuk kerajaan negeri, kita laksana semua janji kita’

PAGOH, 22 Rejab 1443H, Khamis – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan manifesto realistik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, PN akan mengemukakan beberapa tawaran baharu termasuk melaksanakan program perumahan generasi kedua Felda, rancangan menangani pengangguran di negeri ini serta kos sara hidup yang tinggi.

“Jika kita berjaya membentuk kerajaan negeri, kita akan melaksanakan semua janji kita,” kata bekas perdana menteri di Padang Awam Felda Seri Ledang.

Mengenai kos sara hidup yang tinggi, beliau berkata, PN akan mewujudkan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menangani isu tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa Perikatan mempunyai rancangan sendiri untuk meningkatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi negeri ini.

“Akan ada banyak tawaran baharu untuk rakyat yang akan didedahkan dalam manifesto kami,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button