Dunia

AS ubah amaran perjalanan untuk 114 negara termasuk Turki

Jabatan Negara gesa pertimbang perjalanan ke Jepun, Perancis dan Jerman

WASHINGTON, 28 Syawal 1442H, Rabu – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengemas kini amaran perjalanan untuk puluhan negara di seluruh dunia termasuk Turki. 

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata, secara keseluruhan Washington mengubah nasihat perjalanannya bagi 114 negara.

Majoriti semakan – 58 – adalah negara-negara yang diubah dari Tahap 4 iaitu Tidak Boleh Melancong ke Tahap 3 Perjalanan Pertimbagan Semula, termasuk Turki. 

Negara lain yang turut tersenarai dalam kelonggaran amaran perjalanan termasuklah Jepun, Perancis dan Jerman. 

Mereka yang merancang untuk berkunjung ke Jepun harus mempertimbangkan semula perjalanan kerana COVID-19, kata jabatan itu. 

Amaran itu dikeluarkan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Tahap 3, sebagaimana turut tersenarai ke atas Jerman dan Perancis serta puluhan negara lain. 

Tiga negara – kepulauan Britain, Samoa dan Sudan – diturunkan ke Tahap 4.

10 negara telah ditingkatkan menjadi Tahap 1, iaitu peringkat pencegahan yang paling rendah diberikan oleh Jabatan Negara AS.

Ia merangkumi Antigua dan Barbuda, Eswatini, Perancis, Gambia, Ghana, Malawi, Malta, Senegal, Singapura, Korea Selatan dan Togo. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button