Berita UtamaTarbiyah

Bangunkan kembali peradaban Islam tanggungjawab bersama

Bina negara bersama individu jujur martabatkan masa depan umat

NEGARA umat Islam dijajah dan dirobek di sana sini.

Di sana ada musuh luar dan di sana juga ada musuh dalaman.

Kita tidak ada banyak pilihan, melainkan perlu bangkit dari kealpaan.

Mulakan dengan kesedaran diri dan keluarga serta mereka yang terdekat.

Dakwahkan kebenaran kepada jiran, teman kenalan dan masyarakat sekeliling.

Bina kembali negara bersama mereka yang jujur dan bertekad untuk memartabatkan masa depan umat dan negara.

Kesatuan umat dan bangsa yang berasaskan akidah dan ukhuwah seharusnya menjadi keutamaan.

Membangunkan kembali peradaban Islam adalah tanggungjawab bersama, biar pun ia akan memakan masa.

Tugas kita adalah berusaha dan berjuang yang sebaik mungkin, Allah jua yang akan menilainya.

Hidup kita biar berjasa, mati kita biar mulia.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button