Berita UtamaDunia

Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi tuduhan rasuah

Didakwa secara tidak sah terima AS$600,000, emas daripada bekas ketua menteri Yangon

JAKARTA, 29 Syawal 1442H, Khamis – Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi pertuduhan rasuah oleh tentera Myanmar, lapor Agensi Berita Anadolu memetik akhbar Global New Light of Myanmar pada Khamis.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendakwa Suu Kyi secara tidak sah menerima AS$600,000 dan emas daripada bekas ketua menteri Yangon.

Akhbar itu melaporkan Suu Kyi menggunakan pengaruhnya untuk menyewa tanah seluas 1.86 hektar dan bangunan di Bahan Township bagi membuka ibu pejabat Yayasan Daw Khin Kyi yang dipengerusikannya.

Suu Kyi dilaporkan didakwa di bawah Undang-Undang Anti-Rasuah seksyen 55, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun jika disabitkan bersalah dan perbicaraan seterusnya dijadual pada 14 Jun.

Suu Kyi dan beberapa pemimpin lain ditahan pada 1 Februari ketika tentera merampas kuasa.

Sebelum ini, beliau berdepan beberapa pertuduhan lain antaranya memiliki walkie-talkie tanpa kebenaran, melanggar sekatan COVID-19 dan Akta Rahsia Rasmi.

Suu Kyi menafikan tuduhan itu dan menyifatkan ia bermotifkan politik.

Rampasan kuasa itu telah mencetuskan rusuhan selama berbulan-bulan dan bantahan awam, menyaksikan tentera menggunakan kekerasan sehingga meragut kira-kira 858 nyawa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button