Berita UtamaDunia

Empat negara Arab usir Uyghur ke China?

Tiada undang-undang termaktub benar pengusiran Uyghur: HRW

BEIJING, 29 Syawal 1442H, Khamis –Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Arab Saudi antara negara yang mengusir penduduk Uyghur muslim ke China, lapor CNN.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan mengenai risiko yang bakal dihadapi kaum minoriti itu sekiranya mereka pulang ke negara tanah besar terbabit.

Media antarabangsa melaporkan, sekurang-kurangnya dua etnik Uyghur ditahan dan dihantar pulang setelah menunaikan ibadah umrah dan haji di Arab Saudi antara tahun 2018 dan 2020.

Penyelidik kanan China di Human Rights Watch (HRW), Maya Wang menyifatkan sebilangan besar pemerintah berkenaan tidak mementingkan hak asasi manusia.

“Mereka adalah pemimpin yang tidak terpilih kerana menganiaya warganegara di negara mereka. Tiada undang-undang termaktub yang membenarkan pengusiran Uyghur, “ katanya.

Pada November tahun lalu, seorang lelaki Uyghur mendakwa, seorang etnik Uyghur berada dalam keadaan kritikal di hospital setelah ditembak di Istanbul.

Etnik minoriti muslim Uyghur yang kebanyakannya menduduki wilayah Xinjiang telah mengalami tindasan etnik dan agama oleh kerajaan China dalam beberapa tahun terakhir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih daripada satu juta etnik itu dipaksa tinggal di kem tahanan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button