Berita UtamaPendapat

Integriti penjawat awam: Di mana silapnya?

Kerajaan perlu cari kaedah bantu penjawat awam bermasalah

1- PENJAWAT awam adalah tunjang kepada keberkesanan pelaksanaan pelbagai polisi oleh sesebuah kerajaan. Mereka inilah yang menjadi agen terdekat dan mendengar pelbagai isu yang ada dalam masyarakat.

2 – Namun, sejak kebelakangan ini, isu membabitkan tingkah laku penjawat awam seperti rasuah, dadah dilaporkan di media akhbar amat membimbangkan. Data daripada SPRM sebelum ini turut melaporkan peratusan rasuah dalam kalangan penjawat awam bahawa sepanjang tahun 2015 hingga 2020, sejumlah 5,652 tangkapan rasuah telah dibuat dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,683 atau 47.5 peratus adalah terdiri daripada penjawat awam.

3- Penjawat awam dikatakan mengalami krisis integriti mungkin kerana keselesaan yang diperoleh dan terlalu mengikutkan keseronokan yang sementara, hingga lupa akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang penjawat awam.

Bagi saya, secara peribadi ia merupakan fenomena dan gambaran yang buruk terhadap sistem pentadbiran kita di mata orang awam dan pelabur luar.

5- Umum mengetahui amanah yang digalas penjawat awam ini amat besar kerana bergantung kejayaan atau kegagalan sesuatu dasar atau keputusan yang dibuat oleh menteri, jemaah menteri atau kerajaan.

Di atas bahu para penjawat awam jugalah terletaknya masa depan kerajaan yang dipilih rakyat. Usah kita mengharapkan pihak swasta kerana mereka berobjektifkan keuntungan semata-mata.

6- Kita akui penjawat awam juga manusia biasa yang mahukan kehidupan yang lebih baik. Jadi kita harap kerajaan dapat membantu mencari kaedah yang terbaik untuk membantu penjawat awam yang bermasalah. Kesalahan tetap satu kesalahan, namun mencegah dengan mencari punca di manakah silapnya itu adalah yang terbaik.

7- Diharapkan pantauan dan didikan berterusan juga terus berlaku kepada penjawat-penjawat awam sedia ada agar dapat menjadi contoh, bukannya fitnah kepada institusi pentadbiran yang fokusnya memberi khidmat kepada masyarakat.

Masalah ini jika tidak diambil berat boleh menjadi barah yang merosakkan negara dan akauntabiliti institusi pentadbiran.

Ustaz Haji Zamani Ibrahim
Presiden Berjasa

Sumber berkaitan :

Pautan parti liar :
i)https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/815038/13-termasuk-penjawat-awam-ditahan-terbabit-parti-liar-dadah
ii)https://www.astroawani.com/berita-malaysia/32-termasuk-4-penjawat-awam-ditahan-sertai-parti-liar-301901

Pautan data rasuah :
i)https://www.sinarharian.com.my/article/121202/KHAS/Pendapat/CPI-2020-Di-mana-kedudukan-Malaysia
ii)https://www.sinarharian.com.my/article/121649/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Penjawat-awam-paling-kuat-rasuah
iii)https://www.sinarharian.com.my/article/132170/BERITA/Nasional/Tindakan-tegas-penjawat-awam-terlibat-kartel-tender-KSN

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button