Berita UtamaDunia

Israel halau puluhan keluarga di Silwan

Diancam perobohan kerana Zionis mahu Taman Arkeologi Israel

BAITULMAQDIS, 29 Syawal 1442H, Khamis – Sikap tamak haloba negara penjajah Israel semakin menjadi-jadi apabila mengeluarkan perintah pengusiran ke atas puluhan keluarga Palestin.

Notis pengusiran yang dikeluarkan kepada penduduk di bandar Al-Bustan di Silwan, dekat Baitulmaqdis yang diduduki itu atas alasan kononnya mengikut keputusan mahkamah.

Penduduk Palestin perlu meninggalkan kediaman mereka tanpa sebarang harta benda dalam tempoh 21 hari setelah menerima notis berkenaan.

Dalam notis sama, Israel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan ke atas harta benda yang ditinggalkan.

Notis itu juga dikeluarkan setelah Israel menangguhkan keputusan mengusir dua daripada tujuh keluarga Palestin di Silwan pada bulan lalu.

Sementara itu, puluhan penduduk Silwan berkumpul bagi mengadakan bantahan atas perintah pengusiran itu.

Bagaimanapun, rejim pengganas Israel yang meleraikan bantahan itu secara kasar telah memukul dan menangkap beberapa penduduk Palestin.

Penempatan Al-Bustan yang terletak di selatan bandar lama Silwan diduduki oleh 119 keluarga Palestin di 88 bangunan.

Penempatan itu diancam perobohan bagi memberi ruang pembinaan taman arkeologi Israel.

Al-Bustan, iaitu nama perbandaran Baitulmaqdis telah secara rasmi ditukar menjadi Gan Hamelekh atau Taman Raja, kononnya taman untuk raja-raja Israel pada ribuan tahun lalu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button