Berita Utama

SPM 2020: GPN 4.80, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun

Jurang pencapaian calon bandar, luar bandar mengecil kepada 0.38

KUALA LUMPUR, 29 Syawal 1442H, Khamis – Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Data ini menunjukkan pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Analisa ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Trend GPN untuk 2016 hingga 2020 menunjukkan, tahun 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi beliau berkata, jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button