Berita UtamaDunia

UK tarik semula buku teks sejarah pro-Israel

Ahli akademik Britain dapati buku teks itu berpihak naratif Israel

LONDON, 29 Syawal 1442H, Khamis – Penerbitan buku teks mata pelajaran Sejarah di United Kingdom (UK) ditarik semula buat kali kedua, susulan kandungannya yang didakwa berat sebelah memihak kepada rejim penjajah Israel.

Kali pertama buku teks ‘Conflict in the Middle East’ dan ‘The Middle East: Conflict, Crisis and Change’ yang diterbitkan oleh syarikat pendidikan Pearson itu ditarik semula pada tahun 2019, setelah kumpulan pro-Israel mendakwa kandungan buku-buku itu memihak kepada Palestin.

Pearson menghentikan penerbitan buku-buku itu selepas kumpulan ahli akademik melaporkan bahawa syarikat itu memutar belit fakta sejarah, selain gagal memberi pandangan yang seimbang kepada pelajar mengenai konflik Israel-Palestin.

Ahli akademik mendapati perubahan telah dibuat pada teks, garis masa, peta dan gambar serta contoh karangan bagi rujukan pelajar.

Susulan itu, Pearson melakukan perubahan pada buku teks berkenaan setelah dicadangkan oleh Timbalan Pengarah Lembaga Yahudi Britain dan Peguam Inggeris untuk Israel.

Bagaimanapaun, siasatan dua ahli akademik Britain, Prof John Chalcraft dan Prof James Dickins mendapati bahawa kandungan buku teks itu telah memihak kepada naratif Israel serta menggantikan maklumat yang menyokong naratif Palestin.

Mereka turut mendapati bahawa terdapat tiga perubahan kandungan dalam satu halaman, dengan membangkitkan insiden keganasan Arab atau Palestin.

Sementara kandungan keganasan yang dilakukan oleh Israel telah dikurangkan atau dihapuskan dari buku teks itu sepenuhnya. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button