Dunia

Hong Kong benar vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak 12 tahun ke atas

Tingkat kadar imunisasi kelompok, bantu pelajar kembali sekolah seperti biasa

HONG KONG, 30 Syawal 1442H, Jumaat – Hong Kong akan membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk menerima vaksin COVID-19 BioNTech, bagi meningkatkan kadar imunisasi di bandar itu. 

Jurucakap kerajaan berkata, mereka akan menawarkan vaksin kepada kira-kira 240,000 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun bermula hari ini, sebagai menyahut usaha negara lain yang telah memulakan vaksinasi golongan bawah umur.

Langkah itu dilakukan ketika Hong Kong mendesak 7.5 juta penduduk untuk menerima vaksinasi. 

Sejak usaha dimulakan pada akhir Februari, lebih 15 peratus penduduk telah divaksinasi sepenuhnya.

Bandar itu berdepan keraguan vaksin yang meluas kerana ketidakpercayaan kepada pemerintah dan kebimbangan terhadap kesan sampingan ekoran laporan kematian beberapa individu setelah mendapatkan suntikan, meskipun ia tiada kaitan dengan vaksin. 

“Pemerintah sangat mengutamakan pemberian vaksin kepada remaja dan pelajar, dan mengharapkan lebih ramai pelajar, ibu bapa dan guru diberi vaksin,” kata Setiausaha Perkhidmatan Awam, Patrick Nip. 

Oleh kerana berusia bawah 18 tahun, golongan kanak-kanak mesti mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum diberikan suntikan. 

Menteri Kesihatan, Sophia Chan mendesak, ibu bapa supaya membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan bagi membantu pelajar kembali bersekolah dan kembali hidup normal secepat mungkin. 

Setakat ini, pelajar di tadika hingga peringkat sekolah menengah hanya mengikuti kelas separuh hari sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

Hong Kong menawarkan vaksin BioNTech dan vaksin Sinovac yang dikeluarkan oleh China. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button