Dunia

Kejam! Polis Zionis belasah jemaah Palestin solat di Baitulmaqdis

10 orang penduduk Palestin cedera akibat dipukul dengan cota

BAITULMAQDIS, 30 Syawal 1442H, Jumaat – Polis negara haram Israel bertindak kejam menyerang penduduk Palestin yang sedang bersolat di luar Gerbang Old City Damsyik di Baitulmaqdis Timur dengan cota pada lewat malam tadi. 

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu bahawa 10 orang cedera, di mana salah seorang terpaksa dikejarkan ke hospital sementara yang lain dirawat di tempat kejadian. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Israel, Itamar Ben-Gvir – yang terkenal sebagai sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu – ingin membuat kenyataan awam di depan Gerbang Damsyik yang meningkatkan ketegangan.

Penduduk Palestin yang melakukan tunjuk perasaan terhadap Ben-Gvir diserang oleh polis Israel dengan bom tangan. 

Beberapa orang Palestin termasuk kanak-kanak juga ditangkap. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button