Dunia

Semenanjung Gaza rangka bina semula zon perindustrian

Mahu bantu kurang kadar pengangguran akibat serangan pengganas Israel

GAZA, 30 Syawal 1442H, Jumaat – Semenanjung Gaza kini dalam rangka membina semula zon perindustrian – yang musnah akibat serangan pengganas Israel baru-baru ini – untuk mengurangkan kadar pengangguran. 

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Pembangunan dan Pelaburan Palestin (PADICO), Bashar Masri berkata, rancangan sedang dibuat untuk mengembangkan zon industri sehingga kilang boleh beroperasi semula. 

Katanya, usaha itu penting untuk membantu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di Gaza terutama bagi 600 pekerja yang hilang punca pendapatan akibat kemusnahan kilang-kilang di wilayah berkenaan. 

“Tiga bulan lalu kami membuka projek penjanaan tenaga elektrik setelah empat tahun mengalami masalah dan halangan. 

“Hari ini, kerana serangan pengeboman, kemusnahan ini telah berlaku di bandar perindustrian Gaza yang merupakan tulang belakang ekonomi di sini,” katanya. 

Masri berkata demikian ketika melawat kawasan kilang yang musnah sepenuhnya dan terjejas akibat serangan, termasuk projek tenaga suria yang dilancarkan sebelum ini. 

Ketika pencerobohan di Semenanjung Gaza, bandar perindustrian di wilayah itu mengalami kerugian besar kerana terkesan serangan pengeboman yang menyebabkan kemusnahan teruk sebahagian besar projek tenaga suria.  

Kemusnahan itu turut membabitkan 10 buah kilang dengan keluasan enam kilometer meter persegi, dan 14 kilang yang terjejas sebahagiannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button