Berita Utama

Usahawan kosmetik, rakan direman berkomunikasi lucah

Kesalahan berkenaan didakwa melibatkan kanak-kanak bawah umur

KUALA LUMPUR, 30 Syawal 1442H, Jumaat – Seorang usahawan kosmetik dan rakannya yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu ke atas dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bermula hari ini sehingga Ahad (13 Jun) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 dan 15a Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2018.

Dalam prosiding reman itu, kedua-dua suspek diwakili peguam Nursyafiqah Zamani.

Semalam, Bernama melaporkan polis menerima laporan daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang telah melihat pautan Instagram secara langsung oleh dua suspek pemilik akaun dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ dan mereka berpakaian secara menjolok mata.

Perbuatan itu dikatakan berlaku 9 Jun lalu, semasa pemilik akaun Instagram ‘safieyilias94’ mengadakan sesi perbualan sidang video secara langsung bersama rakannya dan disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button