Berita UtamaDunia

Bangladesh tak iktiraf Israel

Palestin perlu diiktiraf sebagai negara merdeka, berdaulat

DHAKA, 1 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Bangladesh tidak akan mengiktiraf Israel sehingga Palestin ditubuhkan sebagai negara merdeka, berdaulat serta bebas daripada sebarang penjajah.

Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen berkata, pendirian itu diambil susulan Dhaka berpihak kepada Palestin.

Beliau berkata, Dhaka tidak pernah termakan pujukan Tel Aviv untuk mengiktiraf dan membangun hubungan dua hala dalam beberapa perkara.

“Kami memutuskan bahawa kami tidak akan menjalin hubungan (dua hala) dengan mereka,” katanya.

Katanya, hubungan antara Palestin dan Bangladesh terjalin sejak zaman pemerintah pemimpin terdahulu, Baghabandhu Sheikh Mujibur Rahman.

Sebelum ini, menteri itu menegaskan, Bangladesh tidak akan mengubah pendiriannya terhadap Israel dan dasar luar Bangladesh tetap sama seperti zaman pemerintahan Bangabandhu.

“Sesiapa sahaja (warga Bangladesh) yang berkunjung ke Israel tanpa izin pemerintah, maka tertuduh akan didakwa dan perkara itu pernah terjadi sebelum ini,” katanya.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button