Berita Utama

Hamas lantik ketua pentadbiran kerajaan baharu di Semenanjung Gaza

Pelantikan anggota biro politik, Essam Al-Dalis gantikan Mohammed Awad

GAZA, 1 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melantik pegawai kanan baharu untuk menjalankan pentadbiran kerajaan di Semenanjung Gaza, menurut agensi Anadolu.

Anggota Biro Politik Hamas, Essam Al-Dalis dilantik menjadi ketua pentadbiran kerajaan yang baharu menggantikan Mohammed Awad. 

Sejak tahun 2017, Hamas telah memerintah Semenanjung Gaza melalui pentadbiran yang dipimpin oleh salah seorang pegawai kanannya. 

Hamas memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen Palestin dalam pilihan raya bebas yang diadakan pada tahun 2006. 

Namun, Barat, Amerika Syarikat, negara Arab, negara haram Israel dan gerakan Fatah menolak keputusan itu. 

Situasi itu menyebabkan konflik dalaman selama lebih setahun, dan berakhir dengan Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza dari Fatah pada 14 Julai 2007. 

Beberapa pengantara serantau dan antarabangsa gagal menyatukan mereka, yang terakhir pada tahun 2017, ketika Hamas membuat konsesi tanpa had kepada Fatah.

Sejak itu, Hamas mentadbir wilayah yang dikepung itu melalui sebuah jawatankuasa disebut sebagai kerajaan Hamas di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button