Pendapat

Jangan biarkan takhta kuasa jadi lambang kesombongan politikus

Tidak mungkin negara sejahtera jika rakyat terus menderita

TUGAS kepimpinan secara umumnya ialah untuk membawa manusia tunduk kepada Allah SWT. Baik di peringkat keluarga, komuniti mahupun di peringkat negara.

Untuk tujuan ini, manusia bukan sahaja perlu meninggikan hubungan dengan Rabb tetapi perlu mengurus manusia dan alam sekitar secara adil dan bertanggungjawab. Keseimbangan ketiga-tiga perkara ini akan menentukan kejayaan sesebuah negara.

Tidak mungkin negara akan sejahtera jika rakyat menderita walaupun pemimpin saban malam bertahajud dan berzikir.

Alam yang tidak terpelihara akan menjadikan kehidupan manusia tidak tenteram walaupun mempunyai harta yang melimpah ruah. Kegagalan pemimpin memahami perkara ini akan menyebabkan mereka terkapai-kapai mencari penyelesaian.

Apabila pemimpin tidak tahu ke mana hendak dibawa negara maka ia akan membawa kepada kehancuran kepada rakyat, berlaku penindasan, pengkautan harta negara, keadaan sosial yang kecamuk, kerakusan kuasa politik melampau dan sentiasa terikut rentak orang lain.

Takhta kuasa hanya menjadi lambang kesombongan politikus sehingga manusia lain dianggap sampah.

Letaklah sesiapa atau parti mana yang memerintah, jika hakikat ini tidak difahami maka bak kata pepatah keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Kedua-dua tidak ada guna.

Renung-renungkanlah.

Haji Aminuddin Yahaya
Perunding Kanan Politik dan Perundangan ISMA
7 Julai 2023

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button