Pendapat

Kepada peminat PRU, pintu hampir tertutup

Dakwaan pilih kerajaan baru atasi wabak COVID-19 dangkal

NEGARA perlu utamakan kepada kesihatan rakyat ketika krisis pandemik COVID-19 masih tahap kritikal. Penumpuan seluruh tenaga dan kemampuan yang ada perlu ditumpukan kepada isu utama negara dan rakyat. Dakwaan yang terlalu terlalu kerdil dan amat dangkal apabila ada yang mendakwa perlu adakan pilihan raya segera untuk memilih kerajaan baru bertujuan mengatasi wabak COVID-19 yang agak kritikal.

Kononnya Malaysia perlu kepada kerajaan yang kuat untuk mengatasi COVID-19 melalui PRU baru. Entah teori apa yang digunakan walaupun belajar sampai kepuncak menara gading. Setakat ini yang jelas punca utama pandemik ini merebak amat cepat kerana PRU. Contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah pilihan raya negeri di Sabah dan contoh luar negara ialah di India setelah pilihan raya diadakan di beberapa buah negeri di India.

Memang amat pelik ahli politik di Malaysia terutama parti – parti Melayu. Apa yang difikirkan ialah bila kalah atau tak dapat jadi kerajaan perlu buat pilihan raya baru. Bila ada isu-isu kritikal negara perlu buat pilihan raya. Mungkin inilah pemikiran dominan dalam parti – parti Melayu. Parti yang kalah desak adakan pilihan raya untuk menang semula. Parti yang menang pula berfikir macam mana untuk kekalkan kemenangan.

Ada dua kluster sebahagian besar ahli politik Melayu. Satu kluster kalah pilihan raya, mereka akan mencari peluang untuk menjatuhkan lawan yang menang. Kluster menang mereka berfikir bagaimana untuk mengekalkan kemenangan dan mencari peluang untuk mengaut kekayaan. Tiada apa apa hala tuju dalam perjuangan politik mereka. Kalau adapun hanya perisa untuk pemanis kata. Tidak lebih dari itu.

Sebenarnya tiada dalam pemikiran mereka untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Berbanding dengan parti kaum pendatang yang rasis. Semua mereka bersepakat berjuang untuk bangsa mereka mengikut bidang masing-masing. Mereka telah agihkan peranan mereka. Ada peranan parti mereka yang berada dalam kerajaan. Begitu peranan parti mereka dalam pembangkang.

NGO mereka berjuang untuk kepentingan bangsa mereka. Dong Zhong kekal dengan pendidikan China untuk kaum China. Kononnya kehebatan Malaysia ialah bila dapat mengekalkan kepelbagaian sistem pendidikan. Sekali pandang macam puji negara kita tetapi kata kata manis yang penuh dengan racun perpecahan. Jika Malaysia kekal dengan sistem dualisme perpecahan bukan berada dibibit-bibit lagi tetapi menunggu belah dan berkecai.

Adakah ini yang Dong Zhong inginkan. Atau ada impian yang lebih besar lagi di sebalik perjuangan mereka. Mereka berjuang bukan hanya isu pendidikan sahaja tetapi melebihi jangkauan yang sebenar. Pendidikan adalah asas utama dalam pembentukan individu dan bangsa. Sudah tentu pendidikan mereka adalah untuk survival bangsa mereka di Malaysia mengikut acuan asal mereka. Bukan ikut acuan negara Malaysia. Apa yang akan berlaku di Malaysia ditahun-tahun mendatang jika begini latar belakang pendidikan di Malaysia.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button