Berita UtamaDunia

Tujuh terbunuh dua bas meletup di Kabul

Dalang serangan masih belum dapat dikenal pasti

KABUL, 2 Zulkaedah 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya tujuh maut selepas dua buah bas meletup di barat Kabul semalam, kata polis.

Letupan itu berlaku di kawasan kejiranan yang dikuasai komuniti minoriti Hazara yang mana serangan sama ke atas bas awal bulan ini mengorbankan 12 orang awam.

Jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid berkata, enam individu cedera dalam letupan Sabtu lalu.

Kekerasan meningkat susulan tentera asing menarik diri dari negara bergolak itu pada 11 September dan usaha untuk membuat penyelesaian damai antara kerajaan Afghanistan dan pemberontak Taliban menjadi perlahan.

Sehingga kini, tidak jelas dalang di sebalik serangan semalam.

Selain itu, komuniti Hazara juga menjadi sasaran beberapa serangan dari kumpulan militan.

Mei lalu, serangan ke atas sebuah sekolah di kawasan berkenaan – yang tidak diakui mana-mana pihak – menyebabkan 80 orang kebanyakannya pelajar perempuan meninggal dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button