Kolumnis

Bila UTAR mahu lantik Melayu jadi Naib Canselor?

Adakah kamu ingat ultra kiasu lantik bumi jawatan tinggi kononnya nak tunjukkan Malaysia 'unity in diversity'?

MAMPUKAH [email protected] berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan? Bagaimana dengan ribuan ekar tanah diberikan kerajaan untuk bangunkan [email protected] sekelilingnya? Akhbar ultra kiasu MCA itu pula, bila mahu lantik Melayu jadi ketua pengarang?

Dalam keadaan pihak berwajib masih tercari-cari untuk mengisi jawatan Naib Canselor (NC), yang kosong di lima buah Universiti Awam, sekonyong-konyong akhbar ultra kiasu menyiarkan satu artikel betapa perlunya bukan bumi (Cina/India) dilantik untuk mengisi kekosongan itu.

Ini bukan suatu perkara menghairankan, kerana sebelum ini ultra kiasu pernah membangkitkan isu jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Perlembagaan pun tidak menyebut

Alasan lain adalah, pembayar cukai paling banyak adalah orang Cina. Benarkah? Bukankah GLC antara penyumbang terbanyak?

Bila artikel tersebut keluar, apa lagi, ultra kiasu lain pun menyokonglah sepenuhnya.

Bayangkan selepas ini saya pula tulis artikel kepada akhbar ultra kiasu kepunyaan MCA tersebut, bertanyakan bila pula Universiti Swasta yang turut dibantu kerajaan seperti UTAR (MCA), KUTAR (MCA), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), AIMST University (MIC), Kolej Universiti Hang Chiang, Kolej Universiti New Era (Dong Jiao Zong), dan banyak lagi kolej swasta yang lain, nak lantik Melayu memegang jawatan nombor satu tersebut?

Agak-agaknya artikel saya akan disiarkan atau tidak dalam akhbar ultra kiasu ini?

Jika atas alasan Universiti Awam turut didanai oleh wang pembayar cukai, apakah Universiti Swasta, terutama yang ditubuhkan oleh parti-parti politik dan NGO di atas tidak dibantu kerajaan?

Apakah kita mengharapkan universiti-universiti awam di Singapura akan melantik orang Melayu sebagai NC?

Sejak berpisah dengan Malaysia, negara ultra kiasu negara tersebut, tidak pernah percaya kepada Melayu untuk memegang jawatan tinggi di Imigresen, Polis, Tentera, Kastam dan lain-lain. Begitu juga jawatan tertinggi akademik?

Berbanding dengan negara kita yang melantik bukan bumi memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam?

Jawatan apa yang tidak pernah kita berikan?

Menteri Kewangan (menteri-menteri kanan lain), Ketua Setiausaha Kementerian, Peguam Negara, Ketua Pengarah Kastam, Ketua Polis Negeri, Pengarah jawatan strategik di Bukit Aman dan banyak lagi.

Kajian boleh dilihat untuk mendapatkan jumlah berapa banyak jawatan strategik dalam kerajaan Malaysia turut diberikan kepada bukan bumi, atas tagline kononnya, ‘unity in diversity’. Apakah benar perpaduan telah tercapai dengan perlantikan tersebut? Makin teruk mungkin ada.

Pendek kata, saya nak sebut di sini, Melayu lebih mempercayai bukan bumi, daripada bukan bumi mempercayai bumi.

Bagaimana pula dengan Sekolah Cina, Sekolah Persendirian Cina, adakah kerajaan tidak bantu? Kenapa tidak dilantik guru besar dan pengetua dalam kalangan bumi?.

Jangan mimpilah bumi boleh jadi guru besar atau pengetua sekolah perkauman ini. Perlantikan guru besar dan pengetua sekolah inipun perlu mendapat ‘restu’ NGO ultra kiasu komunis yang berpusat di Kajang itu, walaupun ia sekolah bantuan penuh kerajaan.

Jika guru besar atau pengetua yang dilantik tidak sekepala atau selari dengan perjuangan NGO ultra kiasu komunis itu, mereka akan desak agar digantikan sehingga ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terpaksa akur.

Cuba bandingkan tengok jawatan-jawatan tinggi yang diisi di universiti awam dan swasta. Di Universiti Awam, ramai bukan bumi dilantik profesor dan memegang jawatan tinggi, termasuk Timbalan Naib Canselor.

Bandingkan orang Melayu yang dilantik di Universiti Swasta, jika ada Melayu dilantik Ahli Lembaga Pengarah atau jawatan yang agak tinggi, semua jawatan itu mesti ada kaitan dengan perhubungan awam (PR) dan jawatan untuk mendapatkan kelulusan berurusan dengan pihak kerajaan bagi memudahkan urusan mereka.

Mereka akan manipulasikan bumi yang dilantik tersebut untuk mendapatkan apa jua faedah, kelulusan, kontrak dan sebagainya.

Apa kamu ingat, ultra kiasu lantik bumi di suatu jawatan tinggi demi menunjukkan uniknya Malaysia ‘unity in diversity’.

Semuanya atas dasar perniagaan, wang dan keuntungan. Jika tidak, boleh belah.

Amalan ini juga dilakukan dalam syarikat berkaitan perniagaan, jika ada bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, atau bekas-bekas pegawai tinggi polis dilantik sebagai pengerusi syarikat itu dan ini kepunyaan mereka, itu bukan kerana orang yang dilantik itu bagus sangat. Tetapi lebih kepada untuk memudahkan urusan perniagaan mereka dengan kerajaan. Begitu juga dalam mendapat kontrak kerajaan.

Apakah logo ‘halal’ Jawi akan digunakan dalam produk makanan mereka jika tidak ada perkiraan untung rugi? Sedangkan mereka amat anti-Jawi. Apakah kita buta bila mana anak-anak Melayu bertudung digunakan bagi melariskan jualan mereka, bagi menunjukkan produk mereka halal?

Jika tidak jangan haraplah bumi akan dilantik. Melayu atau Bumiputera selalu dipersepsikan sebagai malas. Sama juga persepsi sebagai penerima rasuah.

Semua sedia maklum, jika di Universiti Awam, pensyarah bumilah yang paling ramai, berbanding bangsa lain.

Sudah tentu, bumi lebih ramai berbanding dengan non bumi. Sudah tentu calon bumi lebih ramai berkelayakan. Jadi, jika semua bumi dilantik jadi VC, itu perkara biasa. Sebab mereka ramai, yang berkebolehan pun ramai. Tidak timbul masalah kita ketandusan profesor untuk dilantik sebagai NC sehingga terpaksa ‘mengimport’ orang luar.

Sebab itu, saya turut menjadi hairan, susah sangat pula nak lantik NC untuk isi jawatan tersebut setelah berlaku kekosongan. Punyalah ramai profesor, tidak termasuk lagi TNC-TNC setiap universiti, takkan mereka tidak layak untuk isi kekosongan tersebut sehingga dibiarkan kosong begitu lama. Sehinggakan ultra kiasu mengambil kesempatan untuk memanipulasikan isu ini.

Lebih menghairankan lagi, seperti yang pernah berlaku, punya ramai profesor di setiap universiti, untuk dilantik sebagai NC, tiba-tiba orang luar daripada universiti berkaitan dilantik jadi NC, seperti yang dilakukan oleh PH ketika memerintah.

Ketika PH memerintah, mereka tidak tunggu kekosongan baharu isi jawatan NC. NC yang masih dalam kontrak dipendekkan perjawatannya, diganti dengan orang lain yang sekepala dengan mereka (PH).

Peliknya, kerajaan PN terlalu baik. Apabila berjaya memerintah, don’t rock the boat. Akhirnya, apa yang terjadi dengan boat tersebut. Wujud, satu nakhoda, dua boat. Boat satu lagi walaknya ke lain.

Justeru, saya mohon sangat, ambil semua iktibar ini. Jangan jatuh lagi ke lubang yang sama. Cukuplah bersangka baik selama ini.

Benar, kita mahukan tunjukkan unity in diversity, benar juga, kita setuju don’t rock the boat. Masalahnya, orang lain tidak berfikir seperti itu.

Mereka mahu ‘test market’. Mereka mahu jolok sarung tabuan. Kita pun terlebih perasan dan biarkan. Inilah jadinya. Terimalah.

Akhirnya, saya tidak menolak, bukan bumi jadi pemimpin. Tetapi berpada-pada. Cerminlah diri, lihat sejarah bumi ini. Bandingkan dengan negara lain. Adakah umat Islam di China dan India, begitu banyak diberikan tempat?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button