Berita Utama

ISMA-PEMBINA Sabah lancar program Kit Homeschooling, sasar kutipan RM10,000

Sebilangan besar keluarga asnaf terjejas sumber kewangan

KOTA KINABALU, 3 Zulkaedah 1442H, Isnin – PEMBINA Sabah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu melancarkan program Kit Homeschooling bermula awal Jun lalu.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar sekolah rendah golongan B40 dan stateless di sekitar Kota Kinabalu.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Darwins Affandy merangkap pengarah Program Kit Homeschooling ini berkata, terdapat sebilangan besar keluarga asnaf di Sabah terjejas sumber kewangan keluarga sejak PKP fasa pertama dilaksanakan pada awal Mac 2020.

“Oleh itu, PEMBINA Sabah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Kit Homeschooling bagi membantu menyediakan barang keperluan persekolahan seperti alat tulis, buku aktiviti dan sebagainya.

“Fokus utama pembahagian kit ini adalah anak-anak sekolah rendah golongan B40,” katanya dalam satu kenyataan.

Darwins Affandy berkata, Program Kit Homeschooling ini meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM10,000.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkan ke akaun ISMA Kota Kinabalu di 5602 1405 8721 (Maybank) dan hantar bukti pembayaran kepada Cik Nur Fareha, 018 964 0276.

Ikuti perkembangan terkini Program Kit Homeschooling di media sosial PEMBINA Sabah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button