Berita UtamaDunia

Kem pelarian Rohingya di India musnah terbakar

Ratusan pelarian kehilangan tempat tinggal

NEW DELHI, 3 Zulkaedah 1442H, Isnin – Kebakaran besar memusnahkan kem pelarian Rohingya di ibu negara India, New Delhi, menyebabkan ratusan orang kehilangan tempat tinggal.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 11:30 malam pada hari Sabtu dan merebak cepat ke kawasan perkhemahan, menyebabkan 55 tempat perlindungan bencana menjadi abu di kawasan Madanpur Khadar di selatan ibu kota.

Tidak ada kematian atau kecederaan serius yang dilaporkan dalam insiden itu.

Jabatan bomba ibu negara berkata, pihaknya telah memasang 15 tender kebakaran dan berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh enam jam.

“Kami segera bergegas ke tempat itu dan mula memadamkan api,” kata Sandeep, seorang operator di Delhi Fire Service, kepada Al Jazeera melalui telefon semalam.

Kebakaran itu telah memusnahkan kem yang menempatkan 55 keluarga – memenuhi langit dengan kepulan asap dan nyalaan api ketika pelarian bergegas menyelamatkan diri dan meminta bantuan.

Sufia Khatoon, 32, sedang tidur di dalam pondoknya bersama dengan ibu dan anaknya yang mengalami masalah fizikal ketika kebakaran berlaku.

Katanya, kebakaran bermula di sebuah pondok yang terbengkalai.

“Kami kehilangan segalanya. Api memusnahkan sedikit wang tunai yang kami simpan untuk keperluan harian kami. Kami tidak mempunyai satu rupee (India) untuk membeli air,” katanya.

Susulan itu, dia merayu kepada kerajaan dan kumpulan bantuan untuk mendapatkan bekalan makanan dan tempat tinggal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button