Berita UtamaDunia

Pemerintahan 12 tahun Netanyahu berakhir

Hamas tetap lawan entiti Zionis tak kira siapa memerintah

TEL AVIV, 3 Zulkaedah 1442H, Isnin – Pemimpin negara haram Israel yang paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu, telah disingkirkan daripada jawatannya oleh gabungan pesaing, sekali gus menamatkan 12 tahun pemerintahannya.

Parlimen Israel memilih pemerintah baharu pada hari Ahad, yang mengakhiri pemerintahan 12 tahun berturut-turut Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri.

Setelah pengumuman itu, Benjamin Netanyahu memberitahu agensi berita Reuters: “Saya akan segera kembali.”  

Netanyahu kononnya menyatakan bahawa dia akan ‘bekerja’ sebagai pembangkang untuk ‘menjatuhkan pemerintahan berbahaya ini’ dan kembali berkuasa.

Naftali Bennett akan mengetuai Kabinet baru selepas menang tipis undian 60-59.  

Bennett, yang menolak sebuah negara Palestin yang merdeka dan mahukan Israel mempertahankan kuasa mutlak atas semua tanah yang dijajahnya, akan menjadi Perdana Menteri untuk dua tahun pertama.

Dia kemudian akan menyerahkan kekuasaan kepada Yair Lapid, pemimpin Yesh Atid, untuk dua tahun lagi.

Mengulas situasi di negara penjajah, jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Hamas, Fawzi Barhoum berkata, “Tidak kira apa bentuk pemerintahan di Israel, ianya tidak akan mengubah cara kita memandang entiti Zionis. 

“Ini adalah penjajahan dan entiti penjajah, yang harus kita lawan secara paksa untuk  kembalikan hak kami,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button