Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Israel rancang roboh 100 rumah Palestin, 17 daripadanya bulan depan

1,550 penduduk termasuk 60 peratus kanak-kanak di al-Bustan bakal dihalau

BAITULMAQDIS, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Jawatankuasa Pertahanan Tanah Silwan memberi amaran 17 buah rumah milik keluarga Palestin di kejiranan al-Bustan, selatan Baitulmaqdis akan dirobohkan pihak berkuasa negara haram Israel menjelang akhir bulan depan.

Anggota jawatankuasa, Fakhri Abu Diab berkata, perbandaran Israel merancang untuk merobohkan 100 buah rumah di bahagian al-Bustan di Silwan, bermaksud mengusir 1,550 penduduk Palestin – di mana 60 peratus daripadanya adalah kanak-kanak bawah 18 tahun. 

Beliau berkata, 98 rumah menerima perintah perobohan, termasuk 17 daripadanya akan dilakukan segera pada akhir bulan depan. 

Abu Diab berkata, kakitangan perbandaran Baitulmaqdis Barat telah mengeluarkan saman kepada pemilik rumah di al-Bustan, dan mendakwa pemilik tidak melaksanakan perintah untuk merobohkan rumah mereka setelah diberitahu pada tahun 2018. 

Katanya, pihak berkuasa penjajah setakat ini telah memberitahu untuk merobohkan 98 rumah di kejiranan al-Bustan dalam usaha merobohkan seluruh kawasan kejiranan – yang bertentangan undang-undang antarabangsa.

Justeru, Abu Diab menggesa campur tangan politik dan antarabangsa untuk menghadapi serangan penjajahan Israel yang meningkat di kawasan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button