Berita Utama
Muhyiddin umum Pelan Pemulihan Negara petang ini
Perutusan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan

KUALA LUMPUR, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Negara petang ini.
Menurut infografik yang dikongsikan di laman Facebook Muhyiddin, Perutusan Khas Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 5 petang ini.
Selain itu, perutusan berkenaan juga akan disiarkan di saluran 121 Freeview, 631 unifi TV, Facebook Live & Saluran YouTube Bernama TV. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.