Berita Utama

PEMBELA desak kerajaan kaji semula peranan SUHAKAM

Apa faedah kajian pengabsahan 'gender ketiga' secara legistatif kepada negara?

BANGI, 4 Zulkaedah 1442H, Selasa – Tatkala rakyat terkesan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula sibuk mencari seorang ‘researcher’ untuk mengkaji pengabsahan ‘gender ketiga’ secara legistatif di Malaysia.

Serentak itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menggesa kerajaan melihat semula apa relevannya kedudukan dan kewujudan SUHAKAM di negara, terutamanya sebagai sebuah suruhanjaya yang dibiayai kerajaan.

“Atau mungkin sekurang-kurangnya lihat semula anggota-anggota suruhanjaya ini agar semua yang berfikiran ‘caca merba’ ini dapat ditukar kepada mereka yang benar-benar membawa aspirasi negara.

“Kerajaan juga perlu lihat perkara ini secara serius kerana ianya sudah di tahap menyentuh hal polisi dan legistlatif.

“Jika tidak ada perubahan, kami tidak teragak-agak untuk melancarkan kempen Rombak SUHAKAM (ROMBAK) yang digerakkan oleh rakyat marhaen,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Haji Aminuddin yakin perkembangan semasa ini sudah pasti sedang membangkitkan kegusaran rakyat.

“Apabila dibaca secara mendalam, antara hasil kajian (outcome) ini adalah untuk membangunkan reformasi legistlatif untuk garis panduan bagi pengiktirafan jantina bagi golongan transgender di Malaysia.

“Kita tahu bahawa SUHAKAM adalah sebuah agensi kerajaan bertaraf suruhanjaya yang menerima peruntukan kerajaan dengan jutaan ringgit. Maka, saya ingin tanya, apakah faedahnya kajian ini kepada negara?

“Atau jika kajian ini ditaja oleh pihak lain, maka siapakah yang menajanya? Adakah mana-mana dana luar yang membiayai kajian agensi kerajaan ini?,” soalnya.

Untuk makluman, pada 5 Mei lalu, pihak PEMBELA telah mengutus surat rasmi kepada SUHAKAM di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk berjumpa dan berdialog.

PEMBELA berkata, surat itu diserahkan secara fizikal di pejabat SUHAKAM tetapi sehingga kini menyepi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button