Dunia

Gempa bumi berskala 6.1 gegar Maluku, Indonesia

Gegaran berlaku pada 11.43 pagi waktu Jakarta, tiada ancaman tsunami dikeluarkan

JAKARTA, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Gempa berkekuatan 6.1 pada skala Richter melanda Maluku, Indonesia pada Rabu, lapor Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Gegaran berlaku pada 11.43 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 67 kilometer (km) tenggara Maluku Tengah, pada kedalaman 10 km.

Menurut BMKG, tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button