Berita UtamaDunia

Hamas beri amaran miliki peluru berpandu, mampu serang Israel

Belon api dilepaskan sebagai tekanan desak rejim Zonis henti sekatan di Gaza

BEIRUT, 19 Muharram 1442H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada rejim pengganas Israel bahawa mereka mempunyai peluru berpandu yang mampu menyerang seluruh negara haram itu.

Ketuanya, Ismail Haniyeh membuat kenyataan itu ketika lawatannya ke Lubnan susulan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikuasai Hamas dalam beberapa minggu terakhir ini.

Ismail dan delegasi Hamas sebelum ini bertemu dengan pemimpin kumpulan Hizbullah, Hassan Nasrallah bagi membincangkan situasi di Timur Tengah dan hubungan normalisasi antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel baru-baru ini.

Pada masa sama, Ismail berkata, peluru berpandu Hamas hanya terletak di beberapa kilometer dari Gaza.

“Hari ini, pertarungan di Gaza dapat disertai dengan peluru berpandu yang dapat menyerang Tel Aviv dan di luar Tel Aviv,” katanya.

Hamas dan Israel telah bertempur dalam tiga peperangan dan beberapa pertempuran kecil sejak 13 tahun lalu.

Jumlah korban akibat peperangan kedua-dua belah pihak itu akan menimbulkan konflik lebih besar.

Dalam beberapa minggu terakhir, kumpulan yang disokong Hamas melancarkan belon api ke kawasan pertanian Israel – sebagai tekanan kepada negara haram itu untuk menghentikan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button