Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel tembak mati doktor Palestin

Tentera Israel tak benarkan pekerja kesihatan beri bantuan perubatan kepada Dr Mai Yousef Afaneh

BAITULMAQDIS, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Pasukan rejim pengganas Israel menembak mati seorang wanita Palestin, hari ini dengan alasan bahawa dia cuba melakukan serangan rempuhan kereta di timur laut Baitulmaqdis.

Kenyataan tentera mengatakan wanita berkenaan cuba merempuh sejumlah tentera Israel sebelum keluar dari kenderaan dengan pisau berhampiran bandar Hizme, timur laut Baitulmaqdis.  

Tentera pengganas bagaimanapun tidak membenarkan pekerja kesihatan memberi bantuan perubatan selepas mereka menembak wanita itu.

Palestin TV mengenal pasti mangsa sebagai doktor Palestin berusia 29 tahun, Dr Mai Yousef Afaneh, yang tinggal di kampung Abu Dis di luar Baitulmaqdis.

Radio tentera kemudian mengesahkan bahawa dia dibunuh oleh pasukan pendudukan haram.

Israel secara berkala mendakwa, rakyat Palestin yang telah dibunuhnya pada jarak dekat berusaha menyerang pasukan rejim pengganas.

Namun begitu, kumpulan hak asasi dan aktivis tempatan membantah tuntutan tersebut, menuduh pihak rejim sengaja membunuh rakyat Palestin yang tidak menimbulkan risiko nyawa terhadap tentera bersenjata. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button