Berita Utama

Sindiket: Jakim tak sewenangnya tawar bonus hari raya kepada orang awam

Kesan sindiket tipu orang awam guna nama Skim Pembiayaan Hafiz

BANGI, 5 Zulkaedah 1442H, Rabu – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tidak sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus hari raya.

Ini susulan jabatan itu mengesan wujud sindiket penipuan yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) menerusi tawaran pemberian peruntukan dan pembiayaan.

Ketua Unit Komunikasi Jakim, Zakaria Othman berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.

“Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan Skim Pembiayaan Hafiz adalah perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja.

“Jakim memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button