Berita Utama

Diskaun saman trafik hingga 50 peratus

Pengurangan kompaun tak termasuk kes sebutan mahkamah

BANGI, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 18 Jun sehingga 18 Julai depan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman terpilih yang dikompaun sehingga saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan http://[email protected], muat turun aplikasi Google PlayStore, Apple PlayStore dan Huawei Gallery.

“Aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azisman berkata, sepanjang tempoh kempen berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat dan berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button