Berita UtamaDunia

Tiket Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dihad pada penonton terpilih

Langkah dibuat untuk cegah risiko penularan COVID-19

BEIJING, 15 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Tiket Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan dihadkan kepada penonton terpilih sahaja untuk masuk ke stadium, bulan depan.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) baru-baru ini.

Memandangkan wabak COVID-19 masih belum dapat dikawal sepenuhnya, penganjur terpaksa mengubah rancangan dengan menghadkan penonton.

Kebimbangan bertambah selepas Beijing merekodkan penularan tempatan pertamanya Omicron baru-baru ini, menyebabkan kerajaan mengenakan sekatan perjalan secara besar-besaran.

Temasya sukan berkenaan akan bermula pada 4 Februari dan berlangsung sehingga 20 Februari sebelum disusuli Paralimpik pada Mac. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button