Berita UtamaDunia

Serangan Russia musnahkan ratusan hospital

Banyak kawasan kurang ubat antibiotik rawat pesakit kanser

KYIV, 5 Syawal 1443H, Jumaat – Pencerobohan Russia ke atas Ukraine memusnahkan ratusan hospital dan institusi lain sekali gus menyebabkan doktor sukar menangani kanser atau melakukan pembedahan.

Presiden Volodymyr Zelenskiy menerusi ucapan video kepada kumpulan amal perubatan pada Khamis berkata, banyak lokasi kekurangan antibiotik asas di timur dan selatan Ukraine, titik tumpuan pertempuran.

“Jika anda menganggap hanya infrastruktur perubatan, setakat hari ini tentera Russia memusnahkan atau merosakkan hampir 400 institusi penjagaan kesihatan: hospital, wad bersalin, klinik pesakit luar,” katanya kepada perhimpunan itu.

Di kawasan yang diduduki oleh tentera Russia, katanya, keadaan adalah satu malapetaka.

“Ini sama dengan kekurangan ubat untuk pesakit kanser. Ia bermakna kesukaran yang melampau atau kekurangan insulin sepenuhnya untuk diabetes.

“Adalah mustahil untuk menjalankan pembedahan. Ini bermakna, secara ringkasnya, kekurangan antibiotik,” katanya.

Kremlin berkata, ia hanya menyasarkan tapak tentera atau strategik.

Dalam salah satu tindakan perang yang paling banyak dikecam, sebuah hospital bersalin telah musnah pada 9 Mac di bandar Mariupol.

Russia mendakwa gambar serangan itu dipentaskan dan berkata, tapak itu telah digunakan oleh kumpulan bersenjata Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button