Dunia

FDA AS timbang benar suntikan vaksin kanak-kanak selepas 2 bulan ujian klinikal

Beri bayangkan benarkan suntikan untuk kegunaan kecemasan

AMMAN, 4 Safar 1443H, Sabtu – Agensi kawalan kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata kanak-kanak yang menjalani ujian klinikal vaksin COVID-19 perlu dipantau sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesan sebarang kesan sampingan.

Selain itu, agensi berkenaan membayangkan kemungkinan menimbang laluan pantas bagi membenarkan suntikan itu diberikan untuk kegunaan kecemasan, sebelum mendapat kelulusan penuh.

Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat memaklumkan ia sedang menilai data menyeluruh secepat mungkin, kemungkinan dalam masa beberapa minggu, berbanding jangkaan beberapa bulan sebelum ini.

Pada bulan lalu, FDA memberikan kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer Inc’s (PFE.N) bagi mereka yang berusia 16 tahun ke atas berasaskan ujian selama enam bulan.

Suntikan berkenaan mendapat kelulusan pada Disember untuk kegunaan kecemasan berasaskan ujian pendek selama dua bulan, menurut laporan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button