Berita UtamaDunia

Tajikistan didakwa bantu China tindas Uyghur?

Polis Tajikistan didakwa lakukan serbuan, hantar orang Uyghur ke China

XINJIANG, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis –Peguam bagi Uyghur mengemukakan bukti baharu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), bahawa Tajikistan telah bekerjasama dengan China dalam penindasan etnik muslim itu.

Menurut laporan Radio Free Europe/ Radio Liberty (RFE/RL), Peguam, Rodney Dixon berkata, pemerintah Tajikistan telah menghantar orang Uyghur ke China, di mana mereka bakal ditahan dan ditindas.

Dixon berkata, bukti berkenaan diserahkan kepada jaksa ICC pada 10 Jun yang menyatakan bahawa anggota Biro Keselamatan Awam China yang berkunjung ke Tajikistan, mengarahkan polis di negara itu melakukan serbuan di kawasan kediaman dan tempat kerja orang Uyghur.

“Orang Uyghur yang tidak memiliki dokumen sah kemudian dihantar pulang ke China oleh pihak berkuasa China dalam kumpulan kecil hingga 10 orang bagi mengelakkan pemerhatian antarabangsa.

“Siaran akhbar juga memberi angka yang mengejutkan, di mana bukti yang dikumpulkan menunjukkan bahawa selama 10 hingga 15 tahun terakhir, jumlah orang Uyghur yang tinggal di Tajikistan telah dikurangkan dari kira-kira 3,000 menjadi 100, dan kebanyakan orang Uyghur meninggalkan Tajikistan dari 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Radio Free Asia melaporkan bahawa pada bulan Ogos 2019, sekurang-kurangnya tiga etnik Uyghur dari Turki dihantar pulang ke China melalui Tajikistan.

Dalam perkembangan sama, pasukan undang-undang untuk kumpulan Uyghur pada awalnya mengemukakan aduan mereka kepada pendakwa raya ICC pada Julai 2020, namun bukti lebih lanjut diperlukan bagi memulakan siasatan.

Pemerintah Turkistan Timur di laman web Exile berkata, bukti baharu yang diserahkan pada 10 Jun itu menunjukkan bahawa pihak pengadilan memiliki bidang kuasa untuk memulakan penyiasatan kekejaman China terhadap etnik Uyghur.

Tambahan pula, China bukan anggota ICC yang berdaftar dan kemungkinan untuk mahkamah memulakan penyiasatan adalah sangat tinggi. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button