Dunia

1 daripada 100 kematian disebabkan bunuh diri: WHO

COVID-19 jadi faktor kes bunuh diri di seluruh dunia meningkat

GENEVA, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Satu daripada 100 kematian di seluruh dunia dikaitkan dengan tindakan membunuh diri, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis. 

WHO memberitahu, wabak pandemik COVID-19 menjadi antara faktor yang telah meningkatkan kadar kematian akibat bunuh diri di seluruh dunia. 

Pada tahun 2019, lebih 700,000 orang mati akibat bunuh diri – satu daripada 100 kematian yang lebih banyak daripada HIV, malaria, perang dan pembunuhan. 

Pada tahun sama, sebelum pandemik, kadar kes bunuh diri global menurun kecuali bagi wilayah Amerika yang menyaksikan peningkatan sebanyak 17 peratus. 

Bagaimanapun, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, keadaan itu berubah ketika penyebaran pandemik yang menyebabkan kekacauan dalam masyarakat dan meningkatkan faktor bunuh diri di seluruh dunia.

“Tumpuan kita terhadap pencegahan kes bunuh diri menjadi lebih penting sekarang, setelah berbulan-bulan hidup dengan pandemik COVID-19 yang menyumbang banyak faktor untuk bunuh diri seperti kehilangan kerja, tekanan kewangan dan pengasingan sosial,” katanya. 

Serentak itu, Tedros berkata, WHO mengumumkan siri panduan – LIVE LIFE – untuk meningkatkan tahap pencegahan bunuh diri dalam masyarakat. 

“Kita tidak boleh mengabaikan kes bunuh diri kerana ianya dianggap satu tragedi,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button