Berita Utama

KPM iktiraf ‘Malaysian Buddhist Examination’?

Ini karma baik, Hang Soon 'gembira' selesaikan tanggungjawab

BANGI, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengiktiraf ‘Malaysian Buddhist Examination’.

Serentak itu, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara boleh memasukkan ‘Buddhist Examination’ sebagai markah di dalam kokurikulum mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, melaluinya, pelajar dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Menerusi hantaran di akaun tidak rasmi Facebook beliau, Hang Soon turut melampirkan butiran mengenai peperiksaan berkenaan.

Antaraya peperiksaan anjuran Fo Guang Shan Malaysia dan Young Malaysian Buddhist Association of Malaysia.

Tarikh peperiksaan ialah pada 31 Ogos 2021, manakala tarikh akhir mendaftar pada 15 Julai 2021.

Sementara bagi peperiksaan lain adalah Worldwide Buddhist Examination yang dianjurkan oleh Fo Guang Shan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Fo Guang Antarabangsa.

Tarikh daftar peperiksaan berkenaan mulai 20 Jun ini sehingga 20 Ogos depan dan tarikh peperiksaan pada 12 September 2021.

Menerusi catatan itu, Hang Soon meluahkan rasa gembira kerana sudah menyelesaikan tanggungjawabnya.

“Selepas memperjuangkannya, dua peperiksaan berkenaan telah diiktiraf oleh KPM.

“Ini adalah karma baik sepanjang saya berkhidmat dan juga suatu berkat.

“Saya sudah menyelesaikan tanggungjawab saya, saya berasa gembira dan berharap ramai yang turut bergembira,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button