Berita Utama

Elak pertambahan kluster baharu, polis tumpu pemeriksaan sektor perkilangan

Ada majikan beri laporan tak tepat pada MITI: Hamzah

BANGI, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Susulan pertambahan kluster COVID-19 dalam sektor perkilangan sejak belakangan ini, penugasan anggota polis akan ditumpukan kepada sektor berkenaan.

Penugasan itu akan dilakukan oleh anggota polis yang ditugaskan dalam operasi mengejut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kita mahu selepas ini polis memberi lebih tumpuan untuk memeriksa kilang ini sama ada mereka mempunyai kelulusan untuk beroperasi atau tidak.

“Ini kerana ada laporan yang diterima, walaupun ada kilang yang dibenarkan untuk beroperasi, apabila kita siasat rupanya majikan memberi maklumat yang kurang tepat ketika memohon kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau memaklumkan sehingga kini sebanyak 201 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis perniagaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button